kami dibarisan guru praktikum, Cikgu Adila dan Cikgu Azizah mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga prasekolah SKTPJ... Jasa dan kerjasama anda amatlah besar buat kami berdua..... Maju, terus maju prasekolah SKTPJ!... Terima Kasih.. ^_^ -ADILA-
Saturday, September 10, 2011
Wednesday, September 7, 2011
Lagu Prasekolah SK Taman Paroi Jaya
Tekun, rajin berusaha,
Menjunjung cita-cita,
Maju Prasekolah Kita,
Arif dan Bestari.
Marilah membaca,
Marilah mengira,
Pastikan berjaya.
Hormati guru, hormati Rakan,
Prasekolah Terbilang.
SKTPJ
Lirik dan lagu oleh : Puan Hazwani binti Othman
(Guru Prasekolah SKTPJ)
download lagu Prasekolah SK Taman Paroi Jaya Di sini
lagu prasekolah SKTPJ.MID
*Lagu adalah hak cipta terpelihara. Mana-mana pihak adalah dilarang menciplak lagu ini sama sekali.
Sekian terima kasih.
*Lagu adalah hak cipta terpelihara. Mana-mana pihak adalah dilarang menciplak lagu ini sama sekali.
Sekian terima kasih.
Pendidik dan Pembimbing Prasekolah SKTPJ 2010/2011
Puan Rohana Binti Abdul Rahim
•Guru DGA 29
•Guru Kelas Arif
•Penyelaras Prasekolah
•Bertugas mulai 2007
•Pengalaman mengajar di SK (2) Klang
(tahun 1 dan 2 subjek B.M,Moral & Muzik)
“Melahirkan anak bangsa Cemerlang”
Puan Hazwani Binti Othman
•Guru DGA 29
•Guru Kelas Bestari
•Setiausaha Prasekolah
•Bertugas mulai 2007
•Pengalaman mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya
(mengajar muzik ,B.M Mate & P.Seni tahun 1,3, 4 dan 5)
“Ke Arah Prasekolah Terbilang”
Monday, August 22, 2011
Visi Misi dan Cogan Kata Prasekolah SK Taman Paroi Jaya
Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Cogan Kata
Arif Dan Bestari, Prasekolah Cemerlang Maju Terbilang
Takwim Prasekolah SK Taman Paroi Jaya 2010
BIL | PROGRAM | BULAN |
1 | Minggu suai kenal-”ajar saya cuba” | Jan |
2 | Sukan sekolah | Jan |
3 | Mesyuarat pengurusan prasekolah | Feb, Julai,Okt |
4 | Mesyuarat panitia prasekolah | April,Sept |
5 | Perjumpaan A.J.K waris | MAC, Ogos,Dis |
6 | Program kitar semula | Feb,Julai |
7 | Hari usahawan muda | Julai |
9 | Latihan kebakaran | Mac, Mei |
10 | Program lalulintas | April |
11 | Sambutan hari lahir | Apr, Okt |
13 | Lawatan | Julai |
14 | Perjumpaan tiga penjuru | Mei ,Nov |
15 | Gotong royong bersama waris | Mei,Okt |
16 | Sambutan hari raya aidilfitri | Sept |
17 | Pertandingan mewarna | Jun,Sept |
18 | Sambutan hari guru | Mei |
19 | Program main air | Mei |
20 | Ceramah keselamatan diri | Julai |
21 | Sambutan hari kebangsaan | Ogos |
20 | Kempen bumi hijau | Okt |
21 | Konvokasyen prasekolah | Nov |
Tuesday, August 16, 2011
Kata Aluan Guru Besar SKTPJ
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya.
Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamualaikum Warahmatullohiwabarakatuh dan salam 1 malaysia.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya, Blog Prasekolah sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya telah dapat dibina. Tahniah kepada pengurusan prasekolah yang gigih berusaha mewujudkan blog sendiri.
Saya yakin dan percaya dengan adanya 'Blog Prasekolah Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya', pengurusan prasekolah dapat memaparkan semua maklumat mengenai prasekolah kepada pengetahuan pengakses blog prasekolah. Dalam waktu yang sama dapat berkongsi maklumat dengan prasekolah seluruh Malaysia dan dapat menerima pandangan atau cadangan ke arah pendokumentasian blog yang lebih berinovasi.
Sunday, August 14, 2011
Selamat Datang Ke Prasekolah SK. Taman Paroi Jaya
Prasekolah SK. Taman Paroi Jaya (SKTPJ) terletak di Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya yang beralamat di Jalan Persiaran Merak, Seremban, Negeri Sembilan.
Ditubuhkan pada 3 Januari 2007 dengan bilangan murid mendaftar seramai 50 orang pada awal pembukaan prasekolah.Prasekolah SKTPJ mmpunyai dua kelas prasekolah yang dikenali sebagai Prasekolah Arif dan Prasekolah Bestari. Dua buah kelas tersebut telah dilengkapi dengan alatan dan perabot yang sesuai untuk kanak-kanak prasekolah.
Ditubuhkan pada 3 Januari 2007 dengan bilangan murid mendaftar seramai 50 orang pada awal pembukaan prasekolah.Prasekolah SKTPJ mmpunyai dua kelas prasekolah yang dikenali sebagai Prasekolah Arif dan Prasekolah Bestari. Dua buah kelas tersebut telah dilengkapi dengan alatan dan perabot yang sesuai untuk kanak-kanak prasekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)