Sunday, August 14, 2011

Selamat Datang Ke Prasekolah SK. Taman Paroi Jaya

 Prasekolah SK. Taman Paroi Jaya (SKTPJ) terletak di Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya yang beralamat di Jalan Persiaran Merak, Seremban, Negeri Sembilan. 


Ditubuhkan pada 3 Januari 2007 dengan bilangan murid mendaftar seramai 50 orang pada awal pembukaan prasekolah.Prasekolah SKTPJ mmpunyai dua kelas prasekolah yang dikenali sebagai Prasekolah Arif dan  Prasekolah Bestari. Dua buah kelas  tersebut telah dilengkapi dengan alatan dan perabot yang sesuai untuk kanak-kanak prasekolah.




Pn.Rohana Bt Abd.Rahim merupakan guru kelas Arif dan Pn.Hazwani Bt Othman merupakan guru kelas Bestari.

Pembantu pengurusan murid (PPM) pada tahun 2007 hingga 2009 bagi kelas pra Arif ialah Pn.Suria Aida Lot.Seterusnya telah di gantikan dengan PPM baru yang pernah berkhidmat di Prasekolah SJK.Tamil K.Pilah iaitu Pn.Norhadiati Jamal. Walaubagaimanapun beliau hanya berkhidmat bermula Disember 2009 sehingga Febuari 2010.Pada Jun 2010 kekosongan PPM kelas Pra Arif telah digantikan oleh Pn.Rohayati Abd.Rashid yang pernah berkhidmat sebagai PPM PPKI  di SK Jelai 1,Gemas.

Sepanjang ketiadaan PPM kelas Arif, Pn.Norfalizah  Bt Sani  iaitu  A.J.k waris bagi tahun 2010  telah sukarela membantu memasak dan menyediakan makanan murid bersama – sama PPM  kelas Bestari.

PPM bagi kelas Bestari ialah Pn.Syahzatul Azura Bt Abu Bakar yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai PPM  Asrama Sk Petaseh,Jelebu.

















































No comments:

Post a Comment