Tuesday, August 16, 2011

Kata Aluan Guru Besar SKTPJ



Kata Alu-Aluan,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya.

Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamualaikum Warahmatullohiwabarakatuh dan salam 1 malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya, Blog Prasekolah sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya telah dapat dibina. Tahniah kepada pengurusan prasekolah yang gigih berusaha mewujudkan blog sendiri.

Saya yakin dan percaya dengan adanya 'Blog Prasekolah Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya', pengurusan prasekolah dapat memaparkan semua maklumat mengenai prasekolah kepada pengetahuan pengakses blog prasekolah.  Dalam waktu yang sama dapat berkongsi maklumat dengan prasekolah seluruh Malaysia dan dapat menerima pandangan atau cadangan ke arah pendokumentasian blog yang lebih berinovasi.


Pembinaan 'Blog Prasekolah Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya' bukan sekadar memenuhi syarat penganugerahan 'Prasekolah 6 Bintang' namun ianya sebagai media kepada pengurusan prasekolah memantapkan pengurusan prasekolah dari masa ke semasa.

Tahniah! dan semoga Prasekolah Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya terus 'Terbilang Dalam Kalangan Terbaik."

Sekian, terima kasih.

(CHE FATIMAH BINTI ISMAIL)
Guru Besar,
sekolah Kebangsaan taman Paroi Jaya.
Jalan Persiaran Semarak,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.




No comments:

Post a Comment